5 Minit Aje, Siap Sandwich Tuna Croissant.

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Hidangan ekspress tak sampai lima minit, dah siap Sandwich Tuna Croissant. Menu ini sangat sesuai untuk sarapan pagi, minum petang, portluck, piknik dan untuk makan malam yang ringkas. Selain tuna, boleh digantikan dengan sardin. Jika nak rasa pedas, taburkan sedikit lada hitam. Sedaplah hai..! Cuba tau..

SANDWICH TUNA CROISSANT
BAHAN

3 roti croissant
1 tin tuna – lenyek
1 biji limau nipis – perah untuk jus
1 labu bawang besar – cincang
5 batang jejari ketam – celur dan racik halus
3 sudu besar mayonis
1 biji tomato – hiris
1 batang timun Jepun – hiris
300 gm salad segar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

CARA PENYEDIAAN

  1. INTI : Tuangkan tuna dalam bekas, lenyek hingga hancur. Kemudian masukkan bawang besar, jejari ketam, mayonis, garam dan lada hitam secukup rasa. Gaul ke semua sehingga rata. Tuangkan jus limau nipis. Ketepikan.
  2. Belah roti croissant , dan letakkan salad di tengah-tengahnya.
  3. Kemudian ambil dua sudu besar inti tuna letakkan di atas salad. Hiaskan hirisan timun dan tomato.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This