Dua wanita mati disimen rakan sendiri selepas tidak pulang ke rumah

Dari Penulis

DUA mayat wanita ditemui disimen di bawah tangga sebuah rumah dekat Harapan Jaya, Kota Bekasi, Jawa Barat pada Isnin lalu.

Memetik laporan Detik.com, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Yusi,48 dan Heni, 47 dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kelas mengaji pada hari Ahad.

Mayat dua wanita yang dibunuh sebelum disimen: Video di bawah ⬇️

The North Middlesex Golf Club Trading ofer as idiot Limited is an active located in London, Greater London. View The North Middlesex Golf Club Trading.

Suami kepada Yusi iaitu Heriyanto yang curiga selepas isterinya tidak pulang ke rumah lalu bertindak mengesan lokasi Yusi menerusi sistem kedudukan sejagat (GPS) pada telefon bimbit.

Heriyanto kemudian mendapati lokasi kali terakhir Yusi dikesan berada di rumah seorang rakan lelaki yang dikenali sebagai Permana.

Heriyanto kemudian bergegas ke rumah Permana dan mendapati terdapat bancuhan simen yang mencurigakan di bawah tangga.

Mayat Yusi dan Heni ditemui dalam bancuhan simen.

Lebih menyayat hati, selepas diperiksa bancuhan simen tersebut didapati terdapat mayat Yusi dan Heni didalamnya.

Sementara itu, Permana pula ditemui di dalam keadaan berlumuran darah akibat hirisan pada pergelangan tangan.

Baca artikel : Wanita berjubah selamba pam rokok depan polis selepas ditangkap curi duit

Permana kemudian dibawa ke hospital bagi menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Metro Bekasi, Komisioner Hengki berkata, Permana yang juga merupakan rakan sekolah kepada Yusi dan Heni adalah suspek utama kematian wanita tersebut.

“Polis menemui mayat salah seorang mangsa dalam keadaan berbogel,” ujarnya.

Hengki berkata, motif pembunuhan kejam itu masih dalam siasatan.

“Sehingga kini seramai lima saksi dipanggil bagi membantu siasatan.

“Anggota Unit Siasatan Jenayah masih menyiasat kes ini dalam pelbagai aspek,” jelasnya.

Sementara itu, Heriyanto berkata dia masih terkejut selepas mendengar suspek utama merupakan individu yang dianggap sebagai keluarga sendiri.

“Dari kisah masalah rumah tangga dan dibuang kerja, Permana ceritakan ke sini. Kami seperti keluarga. Jadi sebab itu saya katakan kami sangat mengenali antara satu sama lain,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This