MyANGKASA Villa sedia pakej banglo bawah RM100,000 serta jaminan kualiti kepada koperasi, anggota

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MEMAHAMI kerisauan anggota koperasi dalam pembinaan rumah sendiri bersama kontraktor luar terutamanya menerusi aspek jaminan penyiapan, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mengambil inisiatif melaksanakan projek MyANGKASA Villa.

Dilaksanakan menerusi anak syarikatnya MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB), projek reka bentuk dan pembinaan rumah banglo setingkat itu akan dijalankan di atas tanah sendiri.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, pembelian MyANGKASA Villa terbahagi kepada tiga kaedah iaitu sama ada secara tunai, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pembiayaan peribadi.

“Projek MyANGKASA Villa ini juga adalah merupakan salah satu penzahiran komitmen ANGKASA dalam menyediakan sekurang-kurangnya 100 ribu unit rumah di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBSB dengan Koperasi Rekreasi Veteran Malaysia Berhad di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, semalam.

Baca artikel lain: Rakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulang kesilapan – Sultan Perak

Menerusi kerjasama tersebut, Koperasi Rekreasi Veteran Malaysia Berhad akan menawarkan tanah seluas 16 ekar di beberapa kawasan di Kedah untuk projek tersebut termasuk menguruskan aspek pemilikan kepada anggota koperasi.

Yang turut hadir Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Che Mohd Shukree Che Isa dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Hadir sama Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Veteran Malaysia Berhad, Rashidi Ani; Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Kamarul Rashdan Salleh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Halim Ibrahim.

Abdul Fattah menambah, projek di bawah MyANGKASA Villa mampu disiapkan dalam tempoh satu bulan sahaja dengan menggunakan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) dan rumah siap dibina bersama Sijil Penyiapan.

Katanya, MBSB juga turut memberikan jaminan tambahan selama lima tahun atas sebarang kecacatan pembinaan.

“Selain itu, subsidi berjumlah RM5,000 akan diberikan kepada anggota koperasi dan tambahan subsidi RM5,000 lagi berserta kelengkapan rumah bagi anggota yang membuat pembelian secara tunai,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This