Semangat juang kepimpinan koperasi wajar dicurah kepada generasi baru – Presiden ANGKASA

Dari Penulis

ILMU dan usaha yang diperjuangkan oleh kepimpinan koperasi perlulah diwarisi serta dicurahkan kepada generasi muda demi masa depan lebih baik dan lestari.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, kesungguhan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dalam membina dan mempertahankan koperasi wajar diteladani oleh generasi baru khususnya anak-anak anggota koperasi itu sendiri.

Katanya, perkara tersebut penting kerana inisiatif dan semangat juang yang diberikan oleh barisan kepimpinan semasa menguruskan sesebuah koperasi sebenarnya bukanlah mudah malah penuh dengan cabaran.

“Bagi memastikan ilmu dan pengalaman itu dapat diwarisi, kerjasama antara ALK dan seluruh anggota perlulah seimbang. Ini penting bagi mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni selain dapat bersama-sama mencipta kejayaan sekali gus meningkatkan semangat generasi muda untuk bersama dalam koperasi,” katanya.

Baca artikel lain: RUU Mufti 2024 tak beri kekebalan, ada pihak cuba kaburi pandangan masyarakat – PGSM

Beliau berkata demikian kepada barisan ALK Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Melaka Berhad yang diketuai pengerusinya, Bakar Kata sewaktu mengadakan kunjungan ke koperasi berkenaan di Felcra Ramuan China, Melaka, kelmarin.

Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Zaidan Ab Hadi.

Koperasi Peserta-Peserta Felcra Ramuan China Melaka Berhad yang ditubuhkan sejak tahun 1982 pernah memenangi anugerah ‘Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan’ oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) semasa sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2016.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This