SEORANG pemandu dan penumpang yang berada dalam keadaan ‘lalok’ sehingga menyebabkan kemalangan tiga kenderaan di Jalan Ipoh, ibu negara, Jumaat lalu ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pemandu dan penumpang yang lalok itu didapati positif dadah jenis methamphetamine, ketamin, Eramin 5, Ampetamin dan ganja.
Menurut beliau, kedua-duanya telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan telah menjalani ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Eng Lai memaklumkan, siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku lebih kurang pukul 12.30 tengah hari itu berpunca daripada pemandu kenderaan jenis Nissan Sentra berwarna perak yang telah terlelap dan melanggar bahagian belakang lori jenis Hino yang berada di hadapannya.
Akibat pelanggaran tersebut, beliau berkata, lori tersebut telah bergerak ke hadapan dan melanggar bahagian belakang motosikal di lorong sama menyebabkan penunggang motosikal jatuh ke jalan.
Baca artikel berkaitan: Polis tumpas tiga sindiket dadah libat nilai rampasan lebih RM2 juta
“Dalam kemalangan tersebut, tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penunggang kenderaan terlibat.
“Anggota polis trafik yang sampai ke tempat kejadian telah melihat keadaan yang mencurigakan oleh pemandu yang berusia 25 tahun itu dan penumpang kenderaan Nissan Sentra yang tidak sedarkan diri.
“Kedua-duanya telah ditahan dan disiasat IPD Dang Wangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 44 saat menunjukkan dua lelaki di dalam kereta Nissan Sentra berkenaan tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian terbabit, tular di media sosial, semalam.
Mengulas lanjut, Eng Lai berkata, kedua-dua suspek disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.