PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya kekal sehingga habis penggal lima tahun.
Memetik laporan BH Online, Perdana Menteri menegaskan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang hanya retorik politik.
“Apa saja yang dikata oleh Presiden PAS saya yakin gabungan ini akan bertahan hingga habis penggal.
“Ia (kenyataan itu) tidak lebih hanya retorik politik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucaptama Sesi Interaksi Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia secara maya sempena Sesi Pemukiman Wisma Putra, hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa perlunya memandu landasan baharu dalam mengemudi negara.
“Kita harus lakukan ini dan pastikan perubahan berlaku yang mana adalah penting untuk menyelamatkan negara daripada masalah yang membelenggu negara, ini bukan lagi soal pilihan,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Abdul Hadi dakwa tukar kerajaan perkara biasa dalam politik
Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu juga mahu pentadbiran Kerajaan Perpaduan mempertahankan isu tata kelola yang baik.
“Semasa sidang Parlimen pagi tadi, saya berbicara mengenai tebatan banjir dan projek lain.
“Saya sudah mengarahkan semua keputusan sebelum ini berhubung rundingan terus dihentikan serta-merta kecuali projek yang sangat memerlukan dan kritikal boleh diteruskan dengan cepat namun tender yang teratur.
“Mengapa skandal besar ini berlaku terlalu lama bukan saja oleh tokoh politik, jadi mana golongan profesional dan ahli akademik. Skandal ini tidak akan berlaku jika kita mempunyai hati nurani untuk menyuarakan dan hentikan semua ini,” katanya.
Semalam, Abdul Hadi mempertahankan kenyataan berhubung ramalan bahawa Kerajaan Perpaduan ketika ini akan tumbang tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Marang itu menggambarkan bahawa perubahan kerajaan merupakan suatu perkara biasa dalam dunia politik.
“Itu satu kenyataan politik dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling tadah itu berlaku.
“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri, ada berlaku.
“Sebab itu sesuatu tidak mustahil berlaku,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

