Polis siasat Proton Saga halang jalan, tayang ‘vest’ polis

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat kejadian sebuah Proton Saga menghalang lalu lintas dengan meletakkan vest polis di papan pemuka kereta.

Kejadian disyaki berlaku di Persiaran Brash, Ipoh, berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah hantaran tular di laman Twitter pada semalam.

“Polis kini sedang mengesan individu yang merakam gambar tersebut bagi membantu mengenal pasti pemilik kereta.

“Saksi diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016-4173222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca : Anggota polis buat pusingan U disaman selepas dilanggar Myvi

Yahaya berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian yang boleh menjejaskan siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This