Semua pihak perlu akur larangan ahli politik beri kuliah di masjid – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika ditemui media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini berkata soal kebenaran memberi kuliah atau ceramah itu adalah terpakai kepada semua pihak termasuk dirinya.

Menurutnya, beliau akan mengelak untuk memberikan tazkirah atau ceramah di masjid, jika dijemput bagi menghormati larangan tersebut.

“Dalam menghormati arahan, saya mengelak (beri tazkirah atau ceramah) apabila singgah di masjid setiap Jumaat untuk bersolat dan hanya bersalaman serta beramah mesra dengan para jemaah yang ada,” katanya.

Baca artikel lain: Dari terus mengigau, mari bantu bangunkan negara

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 4 Mac lepas yang menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau, sebaliknya menjadi satu kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai politik Islam.

Sementara itu mengulas kenyataan Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa PN berhak merancang merampas kerajaan, Anwar berkata ia adalah naratif Abdul Hadi.

Semalam Abdul Hadi dilaporkan berkata usaha merampas kerajaan daripada parti memerintah perkara biasa dalam politik, sama ada menerusi undi tidak percaya, akuan berkanun atau penyokong kerajaan berpaling tadah.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This