SEORANG warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 16, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian pukul 6.50 pagi, kemalangan berlaku ketika mangsa membelok ke kanan untuk masuk ke simpang.
Katanya, motosikal telah dilanggar dari arah bertentangan sehingga berlaku kebakaran.
“Mangsa seorang lelaki berusia 73 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi dan jenazah dibawa kes Unit Forensik Hospital Gua Musang bagi bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Warga emas ditemui mati tergantung di siling rumah
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

