Jika anda dibelenggu masalah kulit mengelupas, gatal-gatal, kusam dan kering, pasti merasa tidak selesa dan inginkan kelegaan yang cepat. Mengatasi masalah kulit kering bukan sahaja dengan memakai losyen tetapi banyak lagi tip berguna yang boleh anda amalkan bagi mendapatkan kulit yang sihat.
Cara paling mudah, jimat dan berkesan iaitu banyakkan minum air putih. Bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh malah air putih membantu menghindarkan kulit dari dehidrasi. Usahakan untuk minum lapan gelas air putih setiap hari.
Elakkan kekerapan mandi dengan air panas. Mandi menggunakan air dingin yang segar membantu kulit memperoleh kelembapan kulit melalui pori-pori.
Gunakan pelembab, losyen selepas anda mandi. Ini akan membuat kulit kekal lembab untuk tempoh yang lama. Selain itu, jika keluar rumah pakai sunblock untuk mencegah kulit kering.

Hindari stres kerana apabila anda stres, aliran darah dalam tubuh akan menjadi tidak lancar. Kemudian membuat kulit tegang dan lama kelamaan akan kering dan kusam.
Amalkan makan makanan bernutrisi, seeloknya mengandungi vitamin A,B,D dan E yang cukup agar kulit terjaga kelembapannya.
Pola tidur yang cukup turut memainkan peranan. Tidur yang tidak cukup membuat kulit tidak segar. Amalkan tidur enam hingga lapan jam sehari.

Mandi sebaiknya dua kali sehari. Selain membuat tubuh menjadi bersih dan sihat, dengan mandi dua kali sehari juga dapat memberikan kelembapan kulit.
Elakkan daripada pengambilan alcohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.
Elakkan daripada berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini kerana penyaman udara akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.
Cuci muka tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka yang sesuai jenis kulit. Cucian lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

