Mangsa kes samun RM150,000 di Kuantan rupanya dalang kejadian

Dari Penulis

POLIS mengesahkan seorang mangsa yang dilaporkan terbaring selepas disamun dua lelaki di hadapan sebuah bank Jalan Beserah, Kuantan, pada 14 Februari lalu adalah dalang dalam insiden terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan mendapati kejadian itu telah dirancang oleh lelaki berusia 41 tahun bersama dua rakan subahat untuk merompak wang milik rakan kongsinya.

Beliau berkata, lelaki terbabit telah berpura-pura menjadi mangsa samun dan wang tunai itu telah disalahgunakan.

“Mangsa dituduh di Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

“Sementara dua rakan sejenayah berusia 48 dan 63 tahun dituduh di bawah Seksyen 109 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, dalam kejadian pukul 2.15 petang, suspek yang menunggang sebuah motosikal telah melarikan wang RM150,000 yang baharu dikeluarkan mangsa.

Mangsa kemudian terjatuh sehingga terbaring di atas jalan akibat disamun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This