POLIS kini memburu dua suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun di hadapan sebuah bank di Jalan Beserah, Kuantan, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 2.40 petang.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.15 petang, suspek yang menunggang sebuah motosikal telah melarikan wang RM150,000 yang baharu dikeluarkan mangsa.
“Mangsa telah terjatuh sehingga terbaring di atas jalan akibat disamun.
“Polis kini mengesan suspek yang masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Polis buru suspek samun bersenjata pisau di Jalan Nanas, Kuching
Wan Mohd Zahari berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh menganggu siasatan.
Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Daerah Kuantan di talian 09-5652222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

