SEORANG pemandu lori maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31.6, Lebuhraya Karak-Kampung Sungai Cinchin, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.19 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 26 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan dua buah lori bermuatan 10 tan.
“Pemandu seorang lelaki India dan kelindan berbangsa Myanmar didapati tersepit di dalam sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Tiga maut dalam kemalangan dua kenderaan di Penampang
Jelasnya, pemandu disahkan maut di lokasi kejadian sementara kelindan mengalami cedera parah dan diserahkan kepada pihak kesihatan bagi rawatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

