KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang mewujudkan kemudahan pinjaman pembiayaan pembelian kenderaan dan insurans, bagi membantu golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau akan mengadakan beberapa libat urus bersama institut perbankan dan syarikat insurans, bagi memperhaluskan inisiatif tersebut.
“Insya-Allah akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang memang tidak mampu beli kereta baharu dan hanya mampu beli kereta terpakai, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan Kempen Klasiknya Raya di Mydin Subang Jaya, hari ini.
Baca artikel lain: PRN: Calon BN diteliti selepas berakhir pemilihan UMNO
Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya berkata beliau telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk menyatakan hasratnya bertemu dengan tokoh-tokoh perbankan.
Salahuddin berkata Zafrul yang juga bekas Menteri Kewangan, memberi pandangan positif terhadap konsep tersebut serta bersedia memberi kerjasama bagi menjayakannya.
Sementara itu, Salahuddin mengucapkan penghargaan kepada Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), kerana membantu KPDN menjayakan konsep Payung Rahmah yang dimulakan dengan Menu Rahmah dan kini menampilkan Jualan Rahmah menjelang ramadan dan sambutan hari raya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

