Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR: Abd Razak Aid

UMNO bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berlaku di negeri Kelantan sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Jaminan itu disuarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pengundi di Kelantan memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Memetik laporan BH Online, Ahmad Zahid memaklumkan, masalah bekalan air di Kelantan merupakan janji UMNO kepada rakyat negeri tersebut.

“Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu UMNO untuk sekali ini.

“Cuba beri peluang untuk UMNO hanya untuk lima tahun sahaja, jika dirasakan tidak okay, boleh tukar semula.

Baca artikel berkaitan: PRN: Calon BN diteliti selepas berakhir pemilihan UMNO

“Kita hanya perlukan masa lima tahun untuk BN membuktikan kita mampu memberi bekalan air bersih kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO sesi 2023/2026, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin perlu berusaha memberi bekalan air bersih kepada rakyat.

Jelas beliau, pihak tertentu juga tidak boleh menyalahkan sesiapa atau Allah dalam isu masalah bekalan air di negeri berkenaan.

“Jadi berilah peluang kepada UMNO dan BN untuk kali ini. Dasar yang baik dilaksanakan kerajaan negeri, kita akan teruskan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram