Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

PERKHIDMATAN Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma bermula hari ini hingga 31 Mac ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika melancarkan perkhidmatan MRT laluan Putrajaya hari ini.

Jelas Anwar, perkhidmatan percuma dari Stesen MRT Kawsa Damansara hingga Putrajaya Sentral itu ditawarkan sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya bermula jam 3 petang ini.

Baca lagi: MRT2 mula beroperasi 16 Mac ini – Anthony Loke

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fookdan Menteri Kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim.

Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.

Peta MRT Laluan Putrajaya

Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram