K-Town rai gelandangan dengan ‘All-You-Can-Eat’, tawar peluang pekerjaan kepada penghuni transit

Dari Penulis

K-Town Korean BBQ meraikan warga gelandangan apabila menjadikan mereka pelanggan terawal untuk menikmati hidangan ‘All-You-Can-Eat’ sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Usaha yang dilakukan K-Town ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu kepada warga gelandangan, namun turut menawarkan peluang menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan.

Menurut pengasas, Andy Goh, program tanggungjawab sosial korporat ini turut dikembangkan dengan memberi sinar baharu kepada golongan tidak bernasib baik ini.

Sebahagian golongan gelandangan menikmati ‘All-You-Can-Eat’ di K-Town Korean BBQ.

“Kami turut menemubual penghuni untuk mengenalpasti data dan maklumat latar belakang dan daripada situ barulah perancangan dapat dilaksanakan. Peluang pekerjaan yang diberi haruslah bersesuaian kerana ada daripada penghuni di sana pernah memiliki syarikat sebelum hilang segala-galanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi kami tidak boleh anggap semuanya sesuai untuk satu-satu jawatan.

“Dalam syarikat, selain daripada perniagaan berasaskan makanan, kami turut mempunyai peringkat pengurusan yang berlainan dan sedang merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan.

“Kami sangat yakin jika banyak cawangan dibuka, lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta. Bukan setakat pekerjaan, mereka yang menyertai kami berupaya membina perniagaan sendiri, dimana kami menawarkan syer kepada pekerja setia yang berhasrat memiliki cawangan K-Town sendiri,” ulasnya ketika ditemui di K-Town Korean BBQ, G-Village Desa Pandan.

Andy Goh, pengasas K-Town Korean BBQ

Pengalaman mengusahakan Shell Out pada 2014 membuka mata bekas pramugara ini akan industri makanan halal dan potensi pasaran golongan Melayu

“Selepas kejayaan besar Shell Out, saya memahami dan belajar bahawa pasaran orang Melayu sangat besar dan punya banyak potensi. Dan itu menjelaskan kenapa K-Town dilahirkan bagi memenuhi pasaran orang Melayu yang mencari makanan halal Korea.

“Saya mempunyai pakar chef yang melakukan penyelidikan selama satu tahun dan tiga bulan untuk mencari bahan halal yang dapat menghasilkan rasa asli korean BBQ. Saya sendiri telah banyak kali pergi ke Korea dan tahu bagaimana seharusnya rasa hidangan tersebut. Dan kami juga sesuaikan dengan rasa masyarakat Malaysia.

“Polisi kami ialah ramuan-ramuan yang digunakan mestilah halal. Dan K-Town adalah sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,” jelasnya lagi.

Dalam tempoh setahun beroperasi, K-Town sudah mempunyai tiga cawangan yang bertempat di G-Village Desa Pandan, Bukit Jelutong Shah Alam dan Holiday Villa, Johor Bahru.

Sempena Ramadan, K-Town memperkenalkan hidangan ‘All-You-Can-Eat’ yang menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman pada harga RM79.00++ pada hari biasa dan RM89.00++ pada hujung minggu. Sementara kanak-kanak dan warga emas pada harga RM39.00++.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This