FAM gantung pengadil bagi dua penalti serta-merta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGADIL kontroversi yang mengadili perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC, Jumaat lalu dikenakan hukuman penggantungan serta-merta sepanjang musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, keputusan tersebut dilakukan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM dipengerusikan Datuk S Sivasundaram yang bersidang semalam.

Menurut beliau, Jawatankuasa Pengadil FAM telah meneliti laporan perlawanan serta klip-klip rakaman video setiap insiden berkenaan.

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM telah sebulat suara mendapati bahawa pengadil perlawanan tersebut iaitu Zulkarnain Zakaria telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti.

“Ia melibatkan pemberian dua sepakan penalti kepada Sabah FC pada minit 41 dan penghujung perlawanan.

“Sehubungan itu, jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mengenakan hukuman penggantungan secara serta-merta kepada Zulkarnain daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Selangor kena belasah 0-4 dengan JDT di tempat sendiri

Mengulas lanjut, Noor Azman menegaskan, Jawatankuasa Pengadil FAM memandang serius perkara tersebut dan akan memberi peringatan serta teguran keras kepada semua pengadil.

Kata beliau, pengadil perlu sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak yang lebih holistik.

“Jawatankuasa juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras dan yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil yang menampilkan mutu pengadilan yang tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan pada perlawanan-perlawanan Liga Malaysia 2023 akan datang,” jelas beliau.

Sabah FC mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Penang FC pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, Jumaat lepas.

Zulkarnain menjadi tumpuan apabila menghadiahkan empat sepakan penalti pada aksi berkenaan, masing-masing tiga kepada pasukan tuan rumah dan satu kepada Penang FC.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This