FAM tamatkan kontrak Rob Friend, Cklamovski

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan penamatan kontrak beberapa individu utama dalam struktur pengurusan dan kejurulatihan pasukan kebangsaan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Rob Friend, menerusi persetujuan bersama.

Dalam kenyataan hari ini, badan induk bola sepak negara itu memaklumkan kontrak Rob Friend atau nama penuhnya Robert Douglas Friend ditamatkan berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Turut meninggalkan skuad Harimau Malaya ialah Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Peter Cklamovski bersama dua anggota staf teknikal pasukan senior, Matthew Smith dan Seiya Imazaki.

Menurut FAM, penamatan kontrak ketiga-tiga individu itu dibuat atas persetujuan bersama dan berkuat kuasa mulai 16 Jun lalu.

Pada masa sama, FAM turut mengesahkan kontrak Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23) Kebangsaan, Nafuzi Zain serta jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin ditamatkan menerusi kaedah sama bermula 15 Jun lalu.

“FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan penghargaan serta terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama pasukan kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan berkenaan menyaksikan beberapa jawatan penting dalam pasukan kebangsaan kini kosong ketika Harimau Malaya sedang melalui fasa penstrukturan semula bagi menghadapi cabaran akan datang.

FAM berkata, langkah sewajarnya sedang diambil bagi memastikan proses pengisian jawatan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar demi menjamin kesinambungan program pembangunan dan prestasi pasukan kebangsaan.

Menurut badan induk itu, sebarang keputusan atau perkembangan lanjut mengenai pengurusan serta hala tuju pasukan kebangsaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This