Keputusan rayuan pemain warisan, FAM ditangguh minggu depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN berhubung rayuan tujuh pemain warisan skuad bolasepak kebangsaan negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekali lagi ditangguhkan.

Kali ini, keputusan muktamad tujuh pemain warisan itu hanya akan diketahui minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan dalam laporan portal ASEAN Football, pagi ini.

Menurut laporan tersebut, CAS telah menangguhkan keputusan itu kerana memerlukan masa bagi meneliti semula hujah dan bukti yang dikemukakan semua pihak termasuk FAM.

Pengumuman tersebut menamatkan spekulasi bahawa keputusan berkenaan akan dikeluarkan pagi ini.

“Seorang wakil komunikasi CAS memberitahu tentang kepentingan kes tersebut sambil menambah bahawa siaran media rasmi akan diterbitkan sebaik sahaja keputusan diumumkan.

“Keputusan bertulis juga akan dimuktamadkan dan dihantar kepada pihak-pihak berkepentingan serta didedahkan kepada umum sekiranya tiada permintaan kerahsiaan dikemukakan,” menurut laporan itu.

Sebagai rekod, FIFA pada September lalu mengenakan denda CHF 350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain dikenakan denda CHF 2,000 (RM10,650) serta digantung 12 bulan dari sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Tujuh pemain berkenaan adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

FAM dan tujuh pemain terbabit kemudian mengemukakan rayuan, namun pada November lalu Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan itu yang menyaksikan hukuman yang dikenakan kekal.

Badan induk itu seterusnya mengemukakan rayuan kepada CAS dan pada Januari lalu, CAS membuat keputusan menangguhkan hukuman penggantung 12 bulan yang dikenakan FIFA ke atas tujuh pemain terbabit, sekali gus membolehkan mereka kembali beraksi bersama kelab.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This