Polis buru wanita curi barang jemaah dalam Masjid Taman Temerloh Jaya

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang wanita yang bertindak mencuri barangan milik jemaah wanita di Masjid Taman Temerloh Jaya pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima dua laporan mengenai kejadian pada petang Ahad.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 8.48 malam, suspek dipercayai seorang wanita Melayu berusia 40-an dilihat mencuri barang peribadi milik jemaah wanita bernilai RM3,500.

“Siasatan mendapati suspek menaiki kereta Proton Wira biru atau kelabu dan kertas siasatan kini dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Polis cari lelaki curi duit tabung masjid di Shah Alam

Jelasnya, suspek kini giat dikesan dan sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Sarja Md Tarmizan Mohamed di talian 013-3418771 atau kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di talian 09-2716222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar ke Bukit Gambir esok umum calon PH PRN Johor

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Bukit Gambir, Tangkak, esok sempena majlis pengumuman calon PH...

More Articles Like This