SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumahnya dekat Taman Paling Jaya, Semenyih, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba lima minit kemudian dan mendapati, Kamalrul Redzuan Abd Rahim, 49, terbaring di ruang tamu rumah.
“Lelaki itu dipercayai tinggal seorang diri dan mayatnya ditemui dalam keadaan lebam ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca ; Enam minit pujuk wanita cuba bunuh diri dari tingkat 3 kondo
Jelasnya, anggota bomba membantu mengangkat lelaki itu dengan menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

