31,600 bakal haji dinasihat segera jawab surat tawaran

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 31,600 bakal haji bagi musim 1444H/2023M diminta menjawab surat tawaran dalam kadar segera susulan pengeluaran surat berkenaan sejak Rabu lalu.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bakal haji boleh melayari laman web www.thijari.com.my atau memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak dan menjawab tawaran haji tersebut.

Pada masa sama, Syed Saleh memaklumkan semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang dalam akaun Tabung Haji (TH) mengikut jumlah yang tertera dalam surat tawaran.

Kata beliau, bakal haji juga perlu mendapatkan buku rekod rawatan di mana-mana cawangan TH yang berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Pihak kami memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan.

Baca artikel berkaitan: KKM, TH kekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bakal haji

“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital atau pun klinik-klinik kerajaan dan swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata, semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperolehi visa haji sebagaimana yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran,” jelas beliau.

Sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH boleh didapati di laman web www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03 6207 1919.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This