Keenakannya cukup menggamit rasa, keunikan rasa rempah ratus dan aroma, hidangan lauk pauk kampung yang tersedia dari air tangan Chef Adrian Lai dan Chef Mustaza Sulaiman mengingatkan kita kepada masakan ibu di rumah.

Menu istimewa seperti Rendang Daging, Sate, Ayam Bakar bersama sos percik dan Asam Pedas Ekor antara menu ‘killer’ yang ditawarkan MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur menerusi Set Hidang Selera Warisan.

Terdapat dua set pilihan menu ditawarkan pada harga RM148 untuk dua orang dewasa dan promosi bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023.

Di samping itu, MiCasa All Suite Hotel juga menawarkan pakej penginapan sempena Ramadan dengan Pakej Perantau pada harga RM398 termasuk bilik jenis standard (studio konsep) bersama pakej sahur atau sarapan pagi dan set makan malam untuk dua orang.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-2178 8000 atau Whatsapp 017-2196126 atau emel kepada [email protected] com.