Susah nak amalkan kurma? Cuba makan unsalted butter bersama kurma, gerenti tak boleh berhenti

Dari Penulis

Pernah cuba kurma bersama mentega? Tip ini sesuai bagi mereka yang sukar untuk makan kurma atas sebab-sebab tertentu. Menerusi perkongsian Aqilah Nor, cara yang diamalkan ini memudahkannya untuk makan kurma sementelah tidak tahan dengan rasanya yang manis.

Caranya cukup mudah, ambil sebiji kurma, buang biji dan letakkan mentega di tengahnya. Walau bagaimanapun jelas Aqilah, menu ini hanya sesuai dengan mentega atau ghee dan elakkan marjerin.

Ikuti perkongsiannya.

“Tak pernah teringin nak mencuba idea menu yang satu ni.

Bertahun lalu lalang cerita tentang dia.

Akhirnya, 1 Ramadhan tahun ini berani mencuba.

Saya ni kalau nak bagi telan 3 biji kurma tu boleh,

Cuma rasa ‘berat’ sikit nak habiskan.

Tapi, bila saya ambil kurma, buang biji, letak Unsalted Butter di tengahnya, lepastu makan,

Allahuakbar!

3 biji tu mudah je nak makan.

Sampai rasa nak naikkan ke angka ganjil bilangan 7 biji kurma.

Suami saya pun baru berjinak sama. Dia pun nak makan kurma, cari butter.

Mentega asli ni lemak yang baik. Jangan guna marjerin, ButterC*p,

Sama sekali JANGAN! Yang tu tidak sihat untuk badan.

Ada yang kata, kurma dengan Ghee pun lagi bagus.

Hat ni belum cuba. Nanti kita buat eksperimen.

Antara Butter dengan kurma Ajwa vs Mariani, saya rasa ia LEBIH sedap makan dengan kurma Ajwa,

Ni ikut tekak saya lah.

Saya cuba mencari, dari mana asal usul menu TAMAR dan MENTEGA ni. Siapalah yang bagi idea yang luar biasa ni.

Sesuai untuk orang yang rasa ‘berat’ nak makan kurma sebab manisnya itu.

Dan saya terjumpa satu artikel yang menyatakan ia telah wujud idea menu ini sejak dari zaman Rasulullah SAW

Hadis Nabi saw :

(Maksudnya) Disabitkan daripada Baginda : “Bahawa Baginda saw memakan tamar dengan mentega, memakan tamar dengan roti dan memakan tamar sahaja”. (Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud 3259, dan oleh Ibnu  Majah 3434)

Saya ingatkan ia benda baru, rupanya dah berkurun lama.

Cuma zaman Rasulullah tu, takdelah butter jenama Lurpak, SCS, Westgold, Anchor. Mereka buat sendiri je. Mentega ni asal usulnya dari lemak tenusu. Boleh jadi lemak tenusu unta atau kambing. Wallahualam.

Sahur saya, Tamar+Mentega. Air kosong bersama madu. Jus gojiberi.

Nota kaki: Mentega dan Marjerin adalah 2 benda berbeza. Pilihlah yang terbaik dan BERSEDERHANA.”

Kredit : Aqilah Nor


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This