Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun itu kini diburu polis membabitkan kes pukul pemandu lori di Jalan Teluk Gong. GAMBAR: Polis

POLIS mengesahkan telah mengenal pasti identiti lelaki berkasut but kuning yang dipercayai terlibat dalam kejadian memukul pemandu lori dalam kes kemalangan maut di Jalan Telok Gong, Klang pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang dikenali sebagai Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun itu kini diburu polis.

Beliau berkata, sehingga hari ini seramai dua lelaki warga tempatan berusia 38 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan mendapati suspek pertama tidak mempunyai rekod lampau manakala suspek kedua mempunyai dua rekod lampau dadah.

“Selain itu, seramai enam orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengawai penyiasat kini dalam proses melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa yang terdekat.

Hoong Fong berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

UtusanTV sebelum ini melaporkan seorang pemandu lori cedera dipukul sekumpulan lelaki dalam kejadian kemalangan maut membabitkan seorang murid sekolah.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, penunggang motosikal bersama dua kanak-kanak masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun telah terjatuh di atas jalan raya selepas hilang kawalan.

Kanak-kanak perempuan maut digilis roda tayar belakang lori kontena dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram