POLIS Sandakan kini menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan anggotanya didakwa menerima rasuah daripada seorang lelaki di daerah Sandakan, Sabah.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisoner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan dilakukan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard bagi mengenal pasti salah laku yang dibuat oleh anggota berkenaan.
“Sekiranya ada bukti, polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan pemberi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Rasuah dalam kalangan penguat kuasa semakin kronik, membimbangkan – SPRM
Jelasnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Asisten Superintendan Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

