64 pendatang asing warga Filipina, Indonesia ditahan

Dari Penulis

SERAMAI 64 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dan Indonesia ditahan dalam Operasi Bersepadu Daerah Lahad Datu yang dikoordinasikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sejak kelmarin.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, operasi tersebut turut mengesan pelbagai pelanggaran undang-undang dengan nilai keseluruhan penguatkuasaan, kompaun dan rampasan dianggarkan sebanyak RM623,450.

Jelas beliau, secara keseluruhan, operasi ini merekodkan sebanyak 71 notis dan kompaun serta dua kes pendakwaan oleh pelbagai jabatan dan agensi penguatkuasaan.

“Operasi ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan ESSCOM dalam memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

“Ia juga bagi membanteras kehadiran PATI, mengekang aktiviti ekonomi tidak sah serta memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam selain memberi fokus kepada aspek penguatkuasaan terhadap kesalahan imigresen, pekerjaan, pelesenan perniagaan, trafik, utiliti dan kastam,” jelasnya.

Beliau menambah, pada masa yang sama, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan bertujuan melindungi peluang pekerjaan rakyat tempatan, memastikan persaingan perniagaan yang adil serta mengelakkan ketirisan hasil kerajaan akibat aktiviti yang dijalankan tanpa mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

ESSCOM katanya, tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan melanggar undang-undang sehingga menjejaskan keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di ESS Zone.

Katanya, sinergi kerjasama strategik terus diperkukuhkan dalam operasi ini melalui penyertaan pelbagai elemen dan formasi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta beberapa jabatan dan agensi Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Operasi yang melibatkan 262 pegawai dan anggota itu turut menyaksikan pemeriksaan mengejut terhadap premis-premis perniagaan di sekitar kawasan bandar Lahad Datu termasuk penempatan koloni setinggan, pinggir bandar dan kampung.

“Kesemua individu yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Lahad Datu untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This