SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera selepas dilanggar Volkswagen Scirocco di persiaran Datuk Menteri, Shah Alam pada petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian pada pukul 5.30 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berusia 28 tahun melanggar isyarat lampu merah lintasan pejalan kaki.
“Mangsa seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang sedang melintas jalan di lintasan pejalan kaki cedera luka di bahu serta kaki dan telah menerima rawatan di klinik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Wanita maut selepas Exora dinaiki dirempuh Persona langgar lampu merah
Jelasnya, kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan dan kes disiasat dibawah Rule 17 LN 167/59.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

