Sebuah ambulans terbabas dan masuk ke dalam longkang di Kilometer (KM) 15.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. GAMBAR: Polis

Seorang doktor dan jururawat serta pemandu cedera apabila ambulans dinaiki mereka dalam perjalangan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Kuala Krai terbabas dan masuk ke dalam longkang di Kilometer (KM) 15.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, pemandu ambulans dilaporkan cuba mengelak ke kiri jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton memasuki laluannya ketika mengambil selekoh.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, berkata semasa kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Gua Musang.

Beliau berkata ambulans itu terbabas ke dalam longkang dan melanggar tiang elektrik, menyebabkan doktor dan pemandu tersepit dalam kenderaan dan dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

Baca : Pemandu maut dalam kemalangan dua buah lori dekat LPT2

Katanya, pemandu ambulans, Anuar Shamsudin, 39, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mengalami cedera parah di bahagian kepala, Dr  Al-Farouq Nazmi, 28, patah tangan dan jari kiri manakala jururawat,  Nur Hafini Hanis Hasbullah, 36, mengalami cedera ringan.

“Kami sedang mengesan pemandu kenderaan Mitsubishi Triton itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat,” katanya, dalam kenyataan. di sini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya membantu polis dengan menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan an Penguatkuasaan Trafik Daerah Gua Musang, atau menghubungi Pengawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Rahmad Zakaria di talian 019-4742270.

— BERNAMA

Thursday , 30 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram