SEORANG pemandu maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan dua buah lori di Kilometer 372.1, Lebuhraya Pantai Timur 2, dekat Dungun, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.35 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Ibrahim Md Zali, 52, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Pemandu sebuah lagi lori berusia 24 tahun dikenali sebagai Amir Firdaus Che Abdullah, patah pinggang dan cedera pada kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika pemandu lori muatan diesel berusia 24 tahun itu dalam perjalanan dari Bentong ke Kuala Terengganu.
Baca : Pelajar maut selepas motosikal langgar belakang lori
“Sampai di lokasi, lori yang dipandu Ibrahim secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan dan menyebabkan sebuah lagi lori tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian belakang.
“Lori itu kemudian jatuh dan terbalik di tengah jalan sementara pemandu lori muatan diesel hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung,” katanya.
Katanya, mayat Ibrahim dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun bagi tujuan bedah siasat.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

