BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan anaknya, Ahmad Qusyairi menerusi hantaran di Facebook.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca Allahyarham meninggal dunia.
Menurut Ahmad Qusyairi, Ahmad Zaini, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
“Abah pergi di bulan Ramadan yang penuh mulia. Dukacita dimaklumkan bahawa ayah saya, Datuk Ahmad Zaini bin Japar telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 pagi di PPUM Kuala Lumpur.
“Solat jenazah dan penghormatan terakhir untuk Allahyarham akan diadakan di rumah Allahyarham di No.176, Jalan Indah 3, Suasana Indah, Jitra, Kedah selepas selesai urusan di hospital,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Meninggal dunia di bulan Ramadan terlepas azab kubur? Ini penjelasannya
Ahmad Qusyairi turut memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Changloon, Kedah setelah selesai urusan di PPUM.
“Mohon disedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Ahmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu merupakan ADUN Bukit Kayu Hitam buat dua penggal sehingga tahun 2018.
Beliau memenangi kerusi Bukit Kayu Hitam itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU-13 pada tahun 2013.
Namun begitu, Ahmad Zaini gagal mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-14 selepas tewas kepada Datuk Halimaton Shaadiah Saad yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

