POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak mencederakan seorang pengawal keselamatan sebelum menyamun di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, Perak pada awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.22 pagi.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi itu, suspek disyaki seorang lelaki Melayu menuju ke arah pengawal keselamatan yang sedang berehat di kaunter tandas kompleks terbabit.
“Suspek telah mengacukan sebilah kapak ke arah mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka.
“Suspek kemudian menetak kepala mangsa dan membawanya masuk ke dalam tandas lalu mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum mengunci mangsa dari luar tandas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek kemudian memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi dengan menggunakan pengisar dan memotong mangga pada kunci pintu.
Katanya, suspek menuju ke rak pameran telefon bimbit dan mengambil semua iPhone.
“Pemilik kedai mengalami kerugian bernilai sebanyak RM300,000,” ujarnya.
Ahmad Adnan berkata, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kontinjen Perak telah ke lokasi kejadian dan menemui beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil menghubungi di talian 05-62992222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

