Diana Danielle dedah Farid Kamil makin panas baran, suka menengking, culas bayar nafkah

Dari Penulis

PELAKON Diana Danielle kini tidak lagi berdiam diri mengenai kemelut rumah tangganya dengan Farid Kamil apabila dia membongkar kisah tidak menerima nafkah sejak empat bulan lalu.

Dedah Diana atau Diana Danielle Beeson,32, dia juga turut menampung kos perbelanjaan ketika menunaikan umrah pad Februari lalu untuk mereka sekeluarga.

“Bulan ini sudah masuk empat bulan tak bayar nafkah. Perjalanan ke Mekah saya bayar untuk semua empat beranak.

“Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab sudah biasa, bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

“Tapi dia sendiri cakap, dia akan bayar balik kos penerbangan dan hotel di Mekah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata.

“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang) dan apa lagilah, tetapi nafkah dan hutang masih tergantung,” tulisnya.

Diana membuat pendedahan berkenaan menerusi hantaran di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

Luah Diana lagi, kelakuan Farid dilihat sudah berubah selepas dia meminta cerai dua hari sebelum kejadian anak perempuan mereka, Nur Aurora memetik cili di rumah jiran.

Kata Diana, Farid mula menengking dan sering marah-marah di rumah disebabkan hal remeh.

“Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.

“Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengahari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.

“Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya, sebab dia sangat takut.

“Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung ‘ajar’ anak,” kata Diana.

Diana juga tidak bersetuju cara Farid memberi pengajaran kepada Aurora yang dianggap sangat keterlaluan sehingga membiarkan Aurora tidur diatas lantai.

“Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, sudahlah ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya) disuruh tidur atas lantai.

“Bila saya mahu ambil Aurora masuk bilik kerana tak tahan tengok layanan anak macam itu, dia tolak saya berkali-kali halang ambil anak. Saya tetap berkeras bawa anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.

“Sebelum keluar bilik, dia ugut akan pukul anak esok disebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. Emosinya sangat tak stabil, saya tak pernah lihat dia begitu sebelum ini,” jelas Diana lagi.

Lebih mengejutkan lagi apabila Diana mendedahkan Farid meminta menggugurkan namanya pada kedua-dua anak mereka.

“Kalau sayang betul pad anak kenapa nak buang bin dan binti anak? Kenapa suruh saya failkan permohonan buang nama awak dari surat beranak anak? Kenapa ugut kami macam tu?,” tulisnya.

Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya. Diana selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pasangan itu mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 8.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This