PELAKON dan pengacara, Ain Edruce meraikan sambutan hari lahir suaminya, Amirul yang ke-30 di salah sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur.
Memilih tema pakaian berwarna hitam, majlis tersebut turut disertai anak perempuan mereka iaitu Soraya.
Menerusi hantaran di Instagaram, Ain atau Nurulain Edruce,32, meninggalkan kapsyen lucu terhadap suaminya.
“Welcome to 3 series Amirul Hafiz. Boleh dah kot tambah lagi satu…tambah anak. Bukan isteri ya.
“Love you Yol!,” tulis Ain.

Amirul atau Mohamad Amirul Hafiz sering menjadi perhatian netizen disebabkan mimik mukanya yang bersahaja sehingga menghiburkan hati netizen setiap kali membuat kandungan TikTok bersama pelakon Kekasih Paksa Rela itu.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat terhibur dengan hantaran tersebut dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

“Suka tengok Ain Edruce dan suami. Sejenis yang kemana sahaja mesti bawa anak, walaupun ‘dating’. Mesti cepat kesian kan kalau nak tinggalkan anak.
“Hahaha Happy Birthday Mirul suami Ain. Sesungguhnya kelakuan korang dua menghiburkan banyak manusia di Youtube.
“Jarang nampak Amirul betul-betul gembira, lebar senyum. Hahaha.
“Aku tak boleh lah tengok Yol sengih nampak gigi gitu. Auto tergelak,” komen netizen.
Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia dua tahun.

