TikTok Malaysia bersama NASOM rai Hari Kesedaran Autisme Sedunia #KasihiAutism

Dari Penulis

PERSATUAN Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), buat julung kalinya bekerjasama dengan TikTok Malaysian bagi meraikan Hari Kesedaran Autisme Sedunia menerusi kempen #KasihiAutism.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta mengumpul dana melalui pendekatan pengguna TikTok di negara ini dan global.

Bagi memupuk rasa inklusif dalam kalangan rakyat, NASOM dan TikTok akan menganjurkan siri rangkaian aktiviti menarik antaranya video kandungan pendidikan mengenai autisme dan Karnival Amal TikTok LIVE.

Aktiviti ni turut disokong oleh pengamal perubatan, pempengaruh, selebriti, serta rakan media strategik.

Kesemua hasil dana yang diperoleh akan disalurkan kembali kepada NASOM dan komuniti autisme di Malaysia.

Presiden NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin berkata, beliau amat teruja dapat bekerjasama dengan TikTok menerusi kempen #KasihiAutism ini.

“Kempen ini dapat mendidik masyarakat Malaysia tentang kepentingan mewujudkan ruang yang selamat dan inklusif untuk komuniti autisme, selain mendekati pelbagai lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This