Pisang kukus ini merupakan masakan tradisi orang Perak. Ada juga yang memanggilnya lengat pisang atau pelengat pisang. Ini antara resipi rare, yang sangat popular suatu ketika dahulu. Kita hidupkan atau segarkan kembali resipi tradisi yang semakin pupus kini.
Tidak rugi jika kita, memartabatkan resipi tradisi ini. Malah kita akan lebih rugi, jika tidak mempratikkan kembali kuih-kuih tradisi kita yang semakin hilang ditenggalami harus kemodenan. Sempena Ramadan kali ini, Che Kamarul mengembalikan nostalgia pisang kukus, menjadi juadah pemanis mulut hari ini.

PISANG KUKUS RAMADAN
BAHAN
6 biji pisang berangan/emas
400 ml santan
6 dudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar air gula Melaka (Jika suka)
1 helai daun pandan – hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sehingga rata.
- Tuangkan santan perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Biarkan rehat seketika.
- Buangkan kulit pisang dan belah dua. Tuangkan campuran tepung ke dalam bekas pengukus dan susun pisang diatasnya.
- Kukus selama 15-20 minit atau sehingga masak sempurna.
- Hidangkan bersama air gula Melaka, jika suka. Sedia dihidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

