[VIDEO] “Saya menulis kata-kata terakhir dalam telefon khas untuk keluarga saya” – Jeremy Renner sempat tulis surat selepas insiden kemalangan mesin bajak salji

Dari Penulis

PELAKON Hollywood Jeremy Renner berasa hampir mati akibat kemalangan mesin bajak salji yang berlaku sambutan Tahun Baru yang membuatkan dirinya meninggalkan mesej terakhir kepada keluarga semasa di hospital.

Menerusi ‘teaser’ klip video untuk temu ramah bersama Diana Sawyer, yang dimuat naik di Instagram, bintang Hawkeye tersebut ingin menghantar mesej kepada keluarganya selepas kemalangan itu berlaku.

“Saya menulis kata-kata ini dalam telefon saya. Ini adalah mesej terakhir saya untuk keluarga saya,” ujarnya.

Jeremy atau Jeremy Lee Renner, 52, telah menghabiskan tiga bulan terakhir untuk sembuh dari kemalangan yang melibatkan anak saudaranya yang hendak diselamatkan dari insiden mesin bajak salji.

Dalam pada itu, mesin bajak salji dikendalikan oleh pelakon filem Avengers itu yang berdekatan dengan rumahnya di Nevada.

Menurut ABC News, video tersebut menceritakan tentang kecederaan parah yang dihadapi Jeremy yang melibatkan paru-paru, lapan tulang rusuk patah, soket mata patah, dan hati tertusuk.

Menerusi sosial media pelakon filem ‘The Bourne Legacy’ yang memuat naik videonya berkaitan terapi fizikal yang dilakukan pada ‘treadmill’ anti-graviti adalah merupakan salah satu proses pemulihannya.

“Sekarang adalah masa untuk badan saya berehat dan pulih dengan kehendak saya,” tulisnya di kapsyen video tersebut.

Untuk rekod, Jeremy memulakan penglibatannya dalam industri lakonan sejak dari 1995 sehingga kini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This