SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabas di Kilometer 14 Jalan Pasir Puteh-Semerak, Pekan Cherang Ruku, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari Semerak ke Pasir Puteh.
“Sampai di lokasi, mangsa Muhamad Ikhram Muhammad, 26, hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.
“Mangsa yang tidak bekerja dan tidak mempunyai lesen memandu mengalami kecederaan di pinggang kanan dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

