Setiap kali tiba bulan Ramadan, ramai yang menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan terutamanya wanita. Tidak ketinggalan buat pesakit gastrik, mereka juga ingin menjaga berat badan supaya kekal ideal dan bentuk badan yang menarik.
Namun begitu, buat pesakit gastrik, setiap tahun pasti akan muncul rasa bimbang diserang gastrik ketika berpuasa ditambah lagi dengan niat mahu ‘diet’.
Melalui perkongsian Dr Hafiz Razali di laman sesawang miliknya, dia mengatakan ramai buat tindakan yang salah apabila hendak menurunkan berat badan dan mahu berdiet ketika puasa.
Menurutnya, mahu berdiet itu bagus, cuma cara diet itu sahaja kena tukar supaya tidak menyebabkan penyakit gastrik bertambah kronik.
Dr Hafiz turut berkongsi tips cara diet yang betul khusus buat pesakit gastrik.
Ikuti perkongsiannya.
“1) Dari makan roti untuk diet time sahur, baik makan nasi. 2 keping roti sama kalori dengan nasi. Tapi disebabkan roti mengandungi yeast/ragi, ini boleh menerukkan simptom pedih perut.
Elakkan roti/ragi/yeast dalam makanan terutama waktu bersahur.
2) Beras perang adalah sedikit berasid berbanding beras biasa. Bulan puasa ni better tukar ke beras parboiled/basmathi/dan lain lain yang mesra kencing manis untuk mengelakkan keradangan perut.
Nanti dah tak puasa boleh makan balik beras perang.
3) Kurangkan minyak/rempah. Minyak campur rempah adalah paling kaw penyebab kekembungan perut dan rasa sakit dada.
Ini adalah sebab makanan ambil masa lebih lama untuk hadam dalam kantung perut dan kadang-kadang dia terlimpah ke atas sampai rasa perit dada dan masam-masam/pahit dalam mulut.
4) Minum air masak dengan banyak, kekal hidrate. Jangan minum air manis banyak sangat, tak minum air manis pun tak bahaya kalau dah ada juadah berbuka. Minum air kosong sejuk pun dah memadai.
5) tak makan nasi tapi makan banyak kuih muih. Ni pemahaman diet tak makan nasi tapi baham kuih manis. Baik makan je nasi tu, serupa je makan kuih banyak-banyak
6) Lepas sahur atau berbuka, jangan amal baring flat terus. Memang time tu sedap kalau baring kenyang-kenyang, tapi tabiat begitu adalah di luar tabie. Baring flat lepas makan boleh menbuatkan makanan dalam kantung perut melimpah balik ke saluran esophagus. No no no.
Kalau rasa teruk sangat pun ngantuk, menyandarlah. Jangan baring flat. Buruk bebenor.
7) Minum air dulu sebelum makan. Jangan bantai air banyak-banyak betul-betul lepas makan. Lagi lagi air manis. Air manis pun adalah pro-inflammatory (pro-radang). Kata diet, air manis tak perlu. Kurma kan ada.
Itu saja, harap muat la baju raya korang tanpa perlu rasa ceruk perut.”
Kredit: DrHafiz Razali

