Tip Masak Sambal Sardin Sedap, Tidak Berbau Hanyir

Dari Penulis

Sambal sardin, merupakan menu sempoi yang paling sedap. Tidak memerlukan masa yang lama untuk memasak serta bahannya juga mudah disediakan.
Tapikan, ada sesetengah orang tidak gemar makan ikan sardin di dalam tin kerana ia mempunyai rasa dan bau hanyir yang kuat.
Ada tip untuk menyedapkan rasa sardin dan menghilangkan bau hanyir. Ini caranya, boleh cuba pasti menjadi.

1.Ikan Sardin Tin
Asingkan kuah dan ikan sardin. Kemudian goreng ikan sardin terlebih dahulu. Ia akan mengurangkan bau hanyir ikan.

2.Tumisan
Bahan tumisan sememangnya membantu menyedapkan masakan. Tumis bawang merah, bawang putih yang dikisar sehingga garing dan naik bau.

3.Cili Padi
Bagi yang gemar makan pedas, boleh tambahkan cili padi ke dalam masakan. Cili api ini bukan sahaja menambah rasa malah membantu mengurangkan bau hanyir pada ikan.

4.Cili Kisar
Nak rasa sedap, tambahkan cili kisar ke dalam tumisan. Tumis sehingga pecah minyak, ia akan menambahkan lagi kesedapan kuah sardin.

5.Asam Jawa/Asam Gelugur/Belimbing Buluh
Masukkan sedikit air asam jawa, belimbing buluh atau campakkan sekeping asam gelugur, ia sudah cukup memadai untuk mengimbangi rasa masam, manis dan masin sambal sardin.

  1. 6.Serai/Daun Limau Purut
    Untuk menambahkan aroma wangi bau sambal, boleh masukkan sebatang serai yang diketuk atau daun limau purut jika suka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This