URA-URA akan ada bekas pemimpin UMNO menyertai Pas dalam masa terdekat bukan perkara yang mengejutkan.
Malah, menurut Pengerusi Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, tindakan yang disifatkannya hanya untuk mengejar jawatan menteri itu sudah dijangka.
Mohd Puad turut menyindir beberapa bekas pemimpin UMNO yang menyertai parti politik lain selepas hilang kuasa.
“Mereka mungkin dapat jawatan menteri jika Perikatan Nasional (PN) kembali memerintah. Tetapi jawatan itu tidak kekal.
“Yang kekal ialah gelaran ‘katak’. Itu kekal selama lamanya. Jadi katak bukan kejutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca lagi: Pengarah syarikat didakwa tawar suapan kepada Annuar Musa cepatkan ambil alih Menara KL
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, isu pemimpin UMNO melompat parti bukan perkara baharu dan UMNO tidak pernah terkejut dengan perkara itu.
Katanya, hal itu boleh dilihat apabila nama-nama besar dalam UMNO seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai parti lain selepas tidak lagi bersama dengan UMNO.
“Dr Mahathir pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Tan Sri Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan,” katanya.
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beberapa nama besar dari parti UMNO akan menyertai PN menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Tindakan itu bagi melebarkan penguasaan PN di negeri Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, selain mengekalkan negeri dikuasai mereka – Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga juga memaklumkan beberapa pemimpin yang kecewa dengan kepimpinan parti UMNO akan menyertai Pas menjelang PRN nanti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

