300 biker sah sertai Kembara Sahur UtusanTV 2023

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEKITAR 300 penunggang motosikal berkuasa besar sudah mengesahkan penyertaan mereka di dalam Kembara Sahur UtusanTV 2023 yang bakal berlangsung awal pagi Sabtu ini.

Penyelenggara Projek Kembara Sahur, Azwan Zeffry Ahmad berharap, mereka yang sudah mengesahkan penyertaan supaya memeriksa motosikal bagi memastikan konvoi kali ini tidak dibelenggu kerumitan.

Beliau juga mengingatkan para peserta supaya menepati masa untuk mengelakkan sebarang kelewatan yang mungkin memberi masalah kepada pihak lain serta mengenakan pakaian bersesuaian.

“Antara peserta yang sertai konvoi sahur ini antaranya ada juga VVIP, jadi kita minta peserta-peserta kalau boleh tepati masa. Kita tak mahu orang menunggu.

“Setiap biker juga kena jaga motosikal mereka, mungkin dah lama tidak menunggang, tiga empat bulan tidak hidupkan dan sebagainya. Mereka kena selenggara dulu sebelum nak sertai konvoi ini.

“Kalau boleh kita minta kerjasama supaya tidak berlaku masalah, perkara ini akan melambatkan konvoi. Etika pakaian kena jaga, jangan datang berselipar, pakai seluar pendek,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: AGC bantah permohonan semakan kehakiman Zuraida diisytihar Presiden PBM

Mengulas lanjut, Azwan Zeffry atau juga dikenali sebagai One R berkata, atas permintaan ramai, pihaknya memberi peluang kepada peserta yang tidak memiliki motosikal berkuasa besar menyertai konvoi kali ini.

Namun begitu, ujarnya, penganjur menetapkan hanya motosikal berkuasa 250cc sahaja boleh menyertai Kembara Sahur UtusanTV 2023, di bawah daripada itu tidak dibenarkan.

“Memang kita syorkan motosikal berkuasa besar (untuk sertai konvoi ini), tapi saat akhir ramai yang nak sertai kita dah tak kira cc dah.

“Tapi kita tak ambil kapcai sahaja, maksudnya 250 atau 300cc ke atas kita terima penyertaan,” katanya lagi.

Buat tahun ketiga berturut-turut, UtusanTV dengan kerjasama rakan komuniti motosikal berkuasa tinggi, FunRideRider menganjurkan program Kembara Sahur.

Program tahun ini melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 120 kilometer satu hala dengan peserta akan berkumpul pada pukul 10.45 malam 14 April di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kundang arah Barat.

Konvoi kemudiannya akan bergerak pada pukul 11.15 malam dengan lokasi akhir adalah di Ley-park Station @ Sabak di Sabak Bernam.

Seperti penganjuran pada tahun-tahun sebelum ini, Kembara Sahur UtusanTV 2023 turut menyelitkan tazkirah, sedekah dan juga persembahan busking.

FunRide adalah sebuah komuniti permotoran tanpa berasaskan model khusus yang aktif menganjurkan konvoi bermotosikal dengan normal baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kembara Sahur UtusanTV ini dilaksanakan susulan acara tahunan fun ride sejak tahun 2013 setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This