Kembara Sahur UtusanTV 2023 ‘gegar’ Sabak Bernam, tarik 350 peserta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SABAK Bernam ‘digegarkan’ dengan deruman enjin lebih 350 motosikal berkuasa tinggi dalam program Kembara Sahur UtusanTV 2023, awal pagi tadi.

Program kali ketiga anjuran bersama UtusanTV dan FunRideRider itu yang disifatkan sebagai perhimpunan mega ‘biker tegar’ buat pertama kali dilaksanakan di Sabak Bernam.

Sebahagian daripada peserta-peserta bersahur di Ley-Park Station @Sabak, Sabak Bernam, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Bukan sahaja beriadah, acara itu turut menyelitkan unsur keagamaan bagi mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini.

Konvoi motosikal berkuasa tinggi itu bermula pukul 10.30 malam tadi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kundang Arah Barat untuk menghala ke Sabak Bernam.

Penyelaras Projek Kembara Sahur, Azwan Zeffry Ahmad

Kesemua peserta mendengar taklimat dan berkumpul beramai-ramai sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi akhir iaitu di Ley-park Station@Sabak.

Program di lokasi terakhir itu turut menyelitkan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan sendiri komuniti biker selain sesi infak kepada golongan memerlukan.

Sebahagian daripada pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi diberi taklimat keselamatan sebelum memulakan program Kembara UtusanTV 2023 yang bermula di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kundang untuk menghala ke Sabak Bernam, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kembara Sahur UtusanTV turut disertai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.

Mengulas mengenai pemilihan lokasi akhir di Ley-park Station@Sabak, Penyelaras Projek Kembara Sahur, Azwan Zeffry Ahmad memaklumkan, Sabak Bernam dipilih kerana konvoi sebelum ini tidak pernah ke kawasan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: 300 biker sah sertai Kembara Sahur UtusanTV 2023

Malah, kata beliau, komuniti FunRideRider juga ramai yang berasal dari kawasan tersebut.

“Setiap tahun memang kita akan tukar lokasi. Lagi pun, kita tengok laluan ke Sabak Bernam ini tak mengganggu trafik sangat.

Sebahagian daripada peserta-peserta bersahur di Ley-Park Station @Sabak, Sabak Bernam, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Alhamdulillah semua berjalan lancar. Hari ini pun pendaftaran adalah 300 peserta tapi saya lihat mungkin mencecah sehingga 350 yang datang.

“Sambutan setiap tahun tetap menggalakkan. Ada yang datang dari Johor, Melaka dan juga Pulau Pinang,” katanya kepada UtusanTV.

Lebih manis, program tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail (duduk, atas motosikal) bergambar bersama para peserta pada program Kembara Sahur UtusanTV 2023 di Sabak Bernam, awal pagi tadi. Turut hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, Rizam amat berbesar hati menerima kunjungan konvoi Kembara Sahur UtusanTV ke kawasan tersebut.

Beliau berkata, program sedemikian boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan rider tegar yang dikenali mempunyai fizikal dan mental yang kuat.

Sebahagian daripada peserta-peserta gembira dan teruja ketika menyertai program Kembara Sahur UtusanTV 2023 di Ley-Park Station @Sabak, Sabak Bernam, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Sudah pasti amat menggembirakan kami sebab Sabak Bernam ini merupakan kawasan pelancongan tradisional dan mempunyai nilai kesenian yang masih terpelihara.

“Kita tahu di Selangor ini banyak kawasan yang rata-ratanya bandar atau separuh bandar tetapi di sekitar Sabak Bernam ini masih lagi kawasan kampung.

“Masih ada sawah padi dan suasana kampung. Tentunya program seperti ini dapat mempopularkan lagi daerah Sabak Bernam menjadi pusat pelancongan tradisional,” katanya.

Peserta-peserta dihiburkan dengan persembahan buskers pada program Kembara Sahur UtusanTV 2023 di Ley-Park Station @Sabak, Sabak Bernam, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi yang menyertai program Kembara UtusanTV 2023 di Sabak Bernam, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid
Ley-Park Station @Sabak menjadi lokasi program Kembara Sahur UtusanTV 2023 di Sabak Bernam, awal pagi tadi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This