PELAKON Farid Kamil memohon maaf kepada isteri iaitu Diana Danielle dan ibu mentua, Norsiah Ramli susulan kenyataan mengenai pihak ketiga yang dikeluarkan semalam ketika ditemu ramah pihak media di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Menerusi hantaran di Instagram, Farid atau Farid Kamil Zahari,42, menarik balik semua kenyataannya yang mengaitkan dengan pihak ketiga.
“Saya menarik balik kenyataan mengenai soalan wartawan berkaitan pihak ketiga. Saya dengan rendah hati memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli di atas kenyataan saya semalam.
“Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil mahu berdamai, tawar lebih RM300,000 termasuk Vellfire kepada Diana,
Semalam, Farid mendedahkan ibu mentuanya itu dihalau keluar dari rumah oleh Diana pada 2019.
Malah, Farid turut memberitahu dia sudah lama tidak berhubung denan ibu mentuanya.
Sementara itu, demi menyelamatkan perkahwinan dengan isteri tersayang Diana, Farid mengemukakan tawaran perdamaian bernilai RM319,700.
Pasangan ini memiliki dua orang anak iaitu Muhammad,10, dan Nur Aurora yang kini berusia lapan tahun.

