SEORANG pemandu bersama kelindan lori maut tersepit selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 402, Lebuhraya Utara-Selatan, 3.50 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan melibatkan sebuah treler muatan simen dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dan sebuah lori bawa makanan sejuk beku yang dinaiki mangsa.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu treler dalam perjalanan dari Bidor ke Klang.
“Secara tiba-tiba treler dilanggar oleh sebuah lori yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah belakang.
“Akibat kemalangan, pemandu lori berusia 35 tahun dan kelindan berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 4.13 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Boba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

