Shuib, Watie nikah Jun depan – “Saya sudah bersedia untuk berkeluarga semula bila melihat anak-anak yang perlukan kasih sayang seorang ibu,”

Dari Penulis

 PELAWAK dan penyampai radio, Shuib, 39, merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga ahli perniagaan, Watie Hanifiah, 35, pada Jun ini.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad berkata, setakat ini persiapan untuk majlis pernikahan dan persandingan mereka sudah siap sebanyak 30 peratus.

“Insya-Allah, majlis pernikahan dan persandingan kami akan berlangsung pada Jun ini. Setakat ini, dewan untuk majlis perkahwinan sudah ditempah.

“Majlis perkahwinan ini sederhana kerana ia perkahwinan kali kedua bagi saya tapi meriah kerana saya juga memikirkan ia kali pertama buat Watie.

“Apa yang penting, semua orang terutama keluarga kedua belah pihak gembira dengan perkahwinan ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Shuib berkata, dia juga merancang untuk membawa Watie bertemu dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau Makde di Pendang, Kedah.

“Saya percaya ia adalah tahun yang terbaik untuk saya pertemukan keluarga kedua belah pihak. Watie juga sangat gembira untuk mengakhiri hubungan kami dengan ikatan perkahwinan kerana banyak yang sudah dilaluinya sepanjang kami berkawan. Semoga Allah SWT permudahkan perancangan kami untuk berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga berdebar untuk berkahwin buat kali kedua.

“Saya sudah bersedia untuk berkeluarga semula bila melihat keadaan anak-anak yang perlukan kasih sayang seorang ibu.

“Arwah Sarah memang tiada gantinya tapi saya percaya, Watie boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kerana dia ada 20 peratus ciri-ciri seperti arwah.

“Selain itu, anak-anak sudah terlalu selesa dengannya dan paling penting, hubungan kami direstui keluarga kedua belah pihak terutama ibu saya, Salamiah Jalani,” katanya.

Sumber : Harian Metro


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This