SEORANG gadis ditahan polis di sebuah premis dekat Pandan Perdana, Kuala Lumpur selepas dipercayai mencuri duit ahli keluarga sebanyak RM8,200.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan pada 8.35 malam, 25 Mac.
“Pengeluaran wang bermula pada 23 Mac secara berperingkat.
“Suspek seorang gadis berusia 21 tahun ditahan pada pukul 12.25 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, turut dirampas sekeping kad mesin teler automatik (ATM) milik mangsa dan sebuah telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro yang dipercayai dibeli dengan menggunakan wang mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

