Anwar santuni rakyat di bazar Ramadan Gong Badak

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa mengunjungi serta menyantuni rakyat di Bazar Ramadan Gong Badak, hari ini.

Beliau yang tiba sekitar pukul 5.10 petang meluangkan masa selama 15 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar selain turut kelihatan membeli beberapa juadah berbuka seperti kuih muih termasuk “akok”.

Baca lagi: Pembahagian kerusi DUN dalam PRN perlu ikut prinsip ditetapkan – DAP

Turut mengiringi Ahli Parlimen Tambun itu ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta beberapa ahli majlis kerajaan negeri.

Anwar dijadualkan menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebelum solat Isyak dan Terawih di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This