Menurut portal MyHealth, akil baligh biasanya bermula antara umur 9 hingga 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Namun, ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat atas sebab-sebab tertentu.
Tanda-tanda akil baligh bagi perempuan adalah datang haid atau lebih dikenali sebagai datang bulan.
Pada zaman dahulu, bercerita tentang haid ini dikira sebagai larangan dan tak sepatutnya dibincangkan sehingga menyebabkan ramai ibu bapa tidak mengambil peduli tentang perubahan anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Jangan ambil remeh-temeh tentang isu ini kerana ia akan memberi kesan kepada anak-anak.
Ada lima perkara yang ibu bapa perlu ajar anak perempuan mereka sebelum mencapai umur akil baligh.
1. Menceritakan apa itu akil baligh
2. Menceritakan tentang darah haid
3. Mengajar tentang cara menguruskan dan mencuci darah haid
4. Mengajar tentang apa yang wajib atas anak-anak apabila sudah baligh
5. Mengajar tentang perubahan yang bakal berlaku pada badan anak-anak
Perkara ini penting supaya anak-anak kita bersedia fizikal, mental dan tahu apa yang perlu dia lakukan di saat mencapai usia akil baligh.
Nampak mudah tapi sebenarnya ibu bapa perlukan kemahiran juga jika hendak menceritakan tentang ini.
Contohnya, kemahiran menjelaskan secara berperingkat, mengawal emosi anak-anak, cara menjawab soalan dan bermacam-macam lagi.
Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk belajar dan menimba ilmu tentang pendidikan seksualiti supaya dapat mengajar dan mendidik anak dengan baik di zaman yang mencabar ini.

